Pengikut

Jumaat, 10 Ogos 2012

Saya tak tau kenapa tiba-tiba saya dapat idea nak buat entri dengan tajuk ni. Tapi, berdasarkan maklumat di Facebook, saYa melihat ada orang cuba membuat carian tentang kata-kata pujangga yang mungkin sesuai untuk ditulis di atas sekeping Kad Ucapan Hari Raya.

Jadi, dengan murah hati. Saya lampirkan beberapa ayat-ayat manis atau ayat puitis yang syahdu untuk dikarangkan di Kad Raya kawan-kawan.

Setahun berlalu menjelma sudah,
Hari yang dinanti hari yang diberkati,
Ditujukan khas untukmu sebuah warkah,
Menyampaikan salam kerinduan di Aidilfitri.
Hari Raya hari mulia,
Maaf dipinta sesama kita,
Hubungan erat tercipta akhirnya,
Tanda kita bersyukur pada-Nya
andai ada
terkasar bahasa
tersilap bicara
tersinggung rasa
ampun dan maaf jua dipinta
kita sekadar manusia biasa
tak terlepas dari salah dan dosa
andai tangan tak kuasa berjabat
setidaknya kata masih dapat diucap
tulus hati memohon maaf
atas segala dosa dan khilaf
Salam Aidilfitri buat semua
Pada Syawal, bulan yang mulia
Semoga diri kekal bahagia
Bersama kita meraikannya
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Meriah berkumpul di pagi hari
Tangan menyusun sepuluh jari
Ambil kesempatan sesama famili
Awal Syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Selamat Menyambut Hari Lebaran
Takbir bergema di hening pagi
Memohon keampunan kehadrat Ilahi
Kini Syawal menjelma lagi
Ku hulur ucapan Salam Aidilfitri
Harap kepada yang mengambil ucapan di blog ni, berikanlah sedikit ucapan perhargaan di ruangan komen. OK? Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan