Pengikut

Ahad, 12 Ogos 2012

CLASSMATE AKU!!!


kami diploma usuluddin sem 3 ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA sempena syawal yang bakal kunjung tiba. di sini kami ingin memohon maaf, di atas ketelanjuran kata-kata, salah silap tingkah laku, keadaan yang tidak memuaskan dan segala salah silap secara langsung @ tidak langsung kepada semua warga yang ade di bumi KUIS terutamanya kepada jabatan USULUDDIN.

    semoga syawal yang bakal menjelang ini dapat merapatkan ukhwah di antara kita di samping mendapat keradhan ALLAH serta rahmat kegembiraan kepada hamba-hambanya.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Saya tak tau kenapa tiba-tiba saya dapat idea nak buat entri dengan tajuk ni. Tapi, berdasarkan maklumat di Facebook, saYa melihat ada orang cuba membuat carian tentang kata-kata pujangga yang mungkin sesuai untuk ditulis di atas sekeping Kad Ucapan Hari Raya.

Jadi, dengan murah hati. Saya lampirkan beberapa ayat-ayat manis atau ayat puitis yang syahdu untuk dikarangkan di Kad Raya kawan-kawan.

Setahun berlalu menjelma sudah,
Hari yang dinanti hari yang diberkati,
Ditujukan khas untukmu sebuah warkah,
Menyampaikan salam kerinduan di Aidilfitri.
Hari Raya hari mulia,
Maaf dipinta sesama kita,
Hubungan erat tercipta akhirnya,
Tanda kita bersyukur pada-Nya
andai ada
terkasar bahasa
tersilap bicara
tersinggung rasa
ampun dan maaf jua dipinta
kita sekadar manusia biasa
tak terlepas dari salah dan dosa
andai tangan tak kuasa berjabat
setidaknya kata masih dapat diucap
tulus hati memohon maaf
atas segala dosa dan khilaf
Salam Aidilfitri buat semua
Pada Syawal, bulan yang mulia
Semoga diri kekal bahagia
Bersama kita meraikannya
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Meriah berkumpul di pagi hari
Tangan menyusun sepuluh jari
Ambil kesempatan sesama famili
Awal Syawal rai kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Selamat Menyambut Hari Lebaran
Takbir bergema di hening pagi
Memohon keampunan kehadrat Ilahi
Kini Syawal menjelma lagi
Ku hulur ucapan Salam Aidilfitri
Harap kepada yang mengambil ucapan di blog ni, berikanlah sedikit ucapan perhargaan di ruangan komen. OK? Terima kasih.

UCAPAN KHAS UNTUK SAHABAT2XKU TERSAYANG. ;-)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedar tidak sedar kita dah hampir di penghujung Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri kita tidak lama lagi. Dijangka tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 30 Ogos 2011. Insyaallah pada tarikh itu Umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah selama sebulan berpuasa.

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia sekarang apabila tiba Hari Raya SMS dijadikan sebagai medan utama untuk mengucapkan Selamat Hari Raya. Tidak hairanlah jikalau berbagai ayat-ayat SMS yang diterima pada Hari Raya kerana rakyat di Malaysia terkenal dengan budi bahasanya. Bahasa yang indah-indah selalu kita dapat pada Hari Raya. Berikut adalah Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya yang selalu diguna jika menjelang Hari Raya:

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 
  
“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..” 
  
“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..” 
  
Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin” 
  
“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..” 
  
“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..” 
  
“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin..” 
  
” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..” 
  
Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri” 
  
“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..” 
  
“Ketupat dan rendang juadah raya, mari dimakan bersama Keluarga, Ampun dan Maaf pohon bersama, agar bahagia sepanjang masa..”

Jadi dikesempatan yang ada ini qais memohon ribuan ke Maafan dari ujung rambut sampai ujung kaki.. jika ade wat kawan2x terasa..
NAK DUIT RAYA..!!! hihihih